Wednesday, June 3, 2009

Utusan Malaysia - Ke arah Satu Malaysia!


Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat (Utusan Malaysia)

1 comment:

  1. 五毒散是卖国报,看以下的报道:
    评评理...

    http://www.utusan.com.my/


    SEORANG BINATANG

    DARI tingkap kamar tulisku kelihatan suatu lembaga terbongkok-bongkok bagaikan sedang mencari sesuatu di laman rumahku. Entah apa yang hendak dicari di pagi hari begini. Begitu tanpa suara aku bersungut di dalam hati. Dan ketika lebih lama kuperhatikan dengan teliti, jelas dan nyata lembaga yang sedang terbongkok-bongkok di halaman rumahku itu tidak lain dan tidak bukan adalah seekor binatang.

    Tanpa bertanggguh, kucapai parang panjang yang tergeletak berhampiran pintu dan aku segera menghambur ke tanah. Niatku tidak lain dan tidak bukan adalah mahu menghalau binatang itu agar menjauhi laman rumahku. Selain tidak mahu laman rumahku yang rata dan bersih itu ditenggalakan dengan sondolnya hingga berbonggol-

    bonggol, aku juga khuatir kalau nanti dinajisi oleh si baba yang kelihatan agak gemuk itu.

    Hei, berambus kau dari laman rumahku. Pergilah kau bermain-main di tempat lain dan bukannya di sini. Di sini bukan tempat untuk kau bermain dan menyondol. Ini laman rumahku. Begitu tanpa bertangguh dan sambil menghayunkan parang panjang di tanganku ke kiri dan ke kanan, aku bertempik ke arah babi yang kelihatan agak gemuk itu.

    Namun tempikanku itu sedikit pun tidak menggoyahkan binatang yang kelihatan agak gemuk itu. Bagaikan sengaja membuat pekak dan tuli, sondolnya kulihat diteruskan dan tanah di laman rumahku semakin banyak berbonggol dan berlubang.

    Didorong oleh marah dan geram, kuhayunkan parang panjang di tanganku untuk menetak binatang itu. Namun aku terkejut besar bila sepantas itu juga tetakanku itu berjaya dielaknya. Memang kau, binatang. Pandai pula kau mengelak. Begitu aku menjerkah sesungguh hati.

    Jangan ingat kau manusia maka kau boleh sesuka hati bertindak ke atas diriku. Aku juga boleh berfikir seperti kau. Meski agak perlahan, namun jelas di pendengaran berkumandang kata-kata si binatang itu.

    Inilah pertama kali di dalam hidupku aku berhadapan dengan seekor binatang dan binatang itu pula boleh berkata-kata.

    Apa kau fikir kerana aku ini seekor binatang maka aku tidak boleh berfikir dan berkata-kata seperti kau? Kini binatang itu mengajukan tanyanya yang lain kepada diriku.

    Sebab itulah agaknya orang seperti kau berani bercakap sesuka hati dan mengatakan makhluk seperti kami ini adalah pendatang atau penumpang. Sedangkan sudah sejak lama dahulu kami sudah hidup dan hadir di sini. Kini terdengar binatang itu berkata-kata lagi.

    Apa yang kau repekkan ini, hai binatang? Memanglah kau hidup dan hadir di sini sejak dulu. Tetapi untuk makluman kau sebagai binatang, hidup dan hadir kau di sini bukanlah sebagai keturunan yang menjadi sebahagian dari asal usul kami. Keturunan kami tidak pernah berbaik dan bersekongkol dengan binatang. Begitu dengan suara lantang dan tegas aku menyanggah kata-kata si binatang itu.

    Kini si binatang itu menerjahiku dengan tanyanya yang lain.

    Bagi kami kau tetap pendatang dan penumpang. Jadi kerana itu kau tidak usahlah hendak berlagak seolah-olah kau boleh berbuat apa sahaja di sini. Sedar dirilah kau. Kalau kami sudah bertoleransi dan banyak memberi, itu tidak bermakna kau boleh sesuka hati hendak kencing dan berak di laman rumah kami. Kini masih dengan suara lantang dan tegas aku membantah.

    Tetapi bukankah kami sudah pun menjadi sebahagian dari kau? Punya tempat yang sama tinggi dan setaraf dengan kau. Berhak untuk bersuara dan mendapat sesuatu sama seperti kau. Kerana kami juga sama memberi sumbangan di sini menurut cara kami. Begitu tanpa segan silu si binatang itu mendakwa sesuatu.

    Sudahlah kau, binatang. Itu kata kau dan bukan kata kami. Memang orang yang tidak sedar diri atau sengaja buat-buat tidak sedar seperti kau ini suka bercakap yang tidak-tidak... aku tidak takut untuk bangkit melawan demi maruah dan hak diri aku.


    http://www.utusan.com.my/


    FOR DETAIL OF THIS IDIOT ARTICLE,pls go to:
    http://onemalaysiaforreal.blogspot.com

    ReplyDelete